CABARAN MENGIKUTI KURSUS SISTEM STERENG KENDERAAN

THE CHALLENGE OF LEARNING THE VEHICLE STEERING SYSTEM COURSE

Authors

  • Eminados Gunasip Kolej Komuniti Tambunan

Keywords:

Kursus Penyelenggaraan Kenderaan, Stereng, Cabaran

Abstract

Sistem stereng adalah komponen kritikal dalam keselamatan dan prestasi pemanduan, dan kursus ini menawarkan pengetahuan tentang pelbagai jenis sistem stereng, seperti stereng kuasa dan stereng elektronik, serta cara penyelenggaraan dan pembaikannya. Kursus Sistem Stereng Kenderaan dianggap mencabar kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang prinsip-prinsip mekanikal dan elektronik yang kompleks. Pelajar perlu menguasai teori dan praktikal berkaitan pelbagai komponen stereng seperti rak stereng, gear, dan teknologi hidraulik serta elektrik yang digunakan dalam stereng kuasa dan elektronik. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari sistem stereng kenderaan. Sampe; kajian adalah pelajar Kolej Komuniti Tambunan yang mengikuti kursus sistem stereng kenderaan. Teknik pensampelan rawak digunakan untuk mengumpulkan data. Instrumen kajian adalah soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Berdasarkan kepada skor min tertinggi (4.6), dapatan menunjukkan bahawa pelajar merasa terdapat kekurangan pembelajaran praktikal dalam mempelajari sistem stereng kenderaan. Kajian ini penting untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran kursus ini dengan memperbaiki kemudahan serta program amali yang lebih menarik. Selain itu, kajian ini juga berupaya meningkatkan minat pelajar dalam bidang automotif, memastikan mereka belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang kondusif dan relevan dengan keperluan dunia sebenar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-13

How to Cite

Gunasip, E. (2024). CABARAN MENGIKUTI KURSUS SISTEM STERENG KENDERAAN: THE CHALLENGE OF LEARNING THE VEHICLE STEERING SYSTEM COURSE. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 1–7. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2544