STRATEGI MENANGANI ISU-ISU INTRA INSTITUSI DI KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA: SATU PENILAIAN

Authors

  • Nur Hasmirah Hassan
  • Roslina A.Mohamad Nor
  • Zarina Mokhtaruddin

Abstract

Sistem pendidikan berkualiti berperanan utama di setiap peringkat pengajian khususnya pengajian tinggi. Prestasi institusi tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan pelajar berasaskan gred mahupun himpunan purata nilai mata (HPNM), bahkan menjurus kecekapan sistem pengurusan organisasi yang menyeluruh. Kepentingan ini turut menyentuh Kolej Komuniti Semporna sebagai salah satu pusat pendidikan utama TVET dalam bidang pelancongan. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi yang berkesan bagi menangani permasalahan intra yang mampu mempengaruhi potensi perkembangan institusi ke arah kecemerlangan IPTA terkemuka. Metode kajian secara kualitatif melalui soal selidik, sampel kajian terdiri daripada para pelajar Kolej Komuniti Semporna manakala analisis data kajian adalah secara deskriptif. Rumusan kajian mendapati 55.2% responden bersetuju institusi perlu menambah baik kemudahan fasiliti bagi mengupayakan pengurusan organisasi yang lebih positif. Peratusan yang sama turut direkodkan bagi galakan pensyarah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih menarik minat pelajar. Seterusnya sejumlah 82.7% responden turut menyokong pengurusan tatatertib secara dalaman sebagai salah satu strategi efektif menangani permasalahan disiplin, manakala sejumlah 17.3% menolak cadangan. Tuntasnya, kajian meluncurkan tiga saranan yang relevan bagi meningkatkan kecemerlangan institusi khususnya membantu pengurusan organisasi memenuhi keperluan para pelajar sebagai pemegang taruh ke arah sistem pendidikan yang lebih baik. Diharapkan hasil kajian menyumbang alternatif jalan penyelesaian kepada pihak berkaitan pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Nur Hasmirah Hassan, Roslina A.Mohamad Nor, & Zarina Mokhtaruddin. (2024). STRATEGI MENANGANI ISU-ISU INTRA INSTITUSI DI KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA: SATU PENILAIAN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(23). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2297