PENGGUNAAN i-FPK 2.0 DALAM SISTEM PENGURUSAN AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA
Abstract
Mutakhir ini penggunaan teknologi atas talian mempengaruhi perubahan dalam bahagian pengurusan pendidikan tinggi. Sebagai contoh Sistem Pengurusan Dokumen Digital (SPDD) diaplikasikan secara meluas dalam memuat naik data yang lebih selamat. Selain meminimakan ruangan penyimpanan fail secara fizikal, adanya pangkalan data turut memudahkan capaian maklumat, menjamin kerahsiaan organisasi serta pengurusan kualiti yang lebih cekap. Perkara ini turut selaras sebagai kriteria utama penilaian pematuhan akreditasi MQA04. Sehubungan dengan itu, i-FPK 2.0 diwujudkan sebagai pangkalan data utama Unit Akademik, Kolej Komuniti Semporna sebagai Pusat Sehenti Akademik (AOSC) kepada akses dokumen-dokumen sulit secara elektronik. Reka bentuk kajian secara kuantitatif dilaksanakan menerusi pengambilan sampel secara rawak (n=8) terdiri daripada pensyarah Program Sijil Pengembaraan Pelancongan. Analisa yang dilakukan adalah secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 29. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan keseluruhan pensyarah terhadap penggunaan aplikasi i-FPK 2.0 adalah pada tahap tinggi iaitu min sebanyak 4.84 dengan sisihan piawai .274. Oleh yang demikian, kajian mencadangkan agar suatu kajian lanjut berkenaan keperluan terhadap pembinaan aplikasi atau pusat portal bagi akses fail melibatkan pemusatan dokumen bahagian-bahagian utama dilaksanakan.