HUBUNGAN GAYA HIDUP DENGAN KECERGASAN FIZIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR SAINS SUKAN DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Gaya hidup yang sihat dan seimbang memberi pelbagai manfaat ke atas kesihatan terutamanya terhadap kecergasan fizikal. Kajian ini bertujuan mengkaji perkaitan antara gaya hidup dengan kecergasan fizikal dalam kalangan pelajar sains sukan di melaka. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek Sains Sukan tingkatan 4 dan 5 daripada 2 buah sekolah kerajaan di Malaysia. Seramai 107 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik physical activity and lifestyle questionnaire (PAL-Q). Statistik yang digunakan oleh penyelidik ialah analisis deskriptif dan korelasi pearson. Manakala hasil analisis korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup dengan kecergasan fizikal (p>0.05). Implikasi kajian menunjukkan bahawa kesemua faktor-faktor gaya hidup tersebut tidak mempunyai hubungan yang signifikan dan tidak memberi kesan kepada kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan di sekolah menengah.