HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN BERETIKA DAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI TEMPAT KERJA: KOMITMEN ORGANISASI, IKLIM ETIKA DAN EFIKASI MORAL SEBAGAI PENGANTARA DAN KEROHANIAN ISLAMIK SEBAGAI MODERATOR

Authors

  • Nur Taqiyyah Mohamad Kamil
  • Rasidah Arshad
  • Abdul ‘Izz Mohamad Kamil

Abstract

Tingkah laku devian di tempat kerja melibatkan pelanggaran terhadap norma-norma yang bertentangan dengan integriti. Oleh itu terdapat hubungan yang kuat antara tingkah laku devian dan integriti di kalangan penjawat awam. Ketidakjujuran dan pelanggaran terhadap kepercayaan yang diberikan telah mengancam kepercayaan orang ramai kepada institusi awam dan merosakkan reputasi serta keberkesanan organisasi. Ia juga memberi kesan dalam proses pembuatan keputusan yang adil dan mengakibatkan kerugian kewangan negara. Kajian ini ingin melihat hubungan di antara kepimpinan beretika terhadap tingkah laku devian di tempat kerja melalui komitmen organisasi, iklim etika dan efikasi moral sebagai faktor pengantara serta kerohanian islamik di tempat kerja sebagai faktor penyederhana. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan terhadap 200 orang pegawai awam di Kumpulan Pengurusan dan Profesional merentasi skim dan pelbagai Kementerian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tingkah laku devian dipengaruhi oleh kepimpinan beretika dan mempunyai hubungan negatif yang signifikan manakala pemboleh ubah komitmen organisasi sebagai pengantara. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa kerohanian Islamik menyederhanakan lagi hubungan antara kepimpinan beretika dan tingkah laku devian. Kajian ini diharapkan memberi sumbangan kepada perkhidmatan awam memperkasakan nilai moral dan etika dalam kalangan penjawat awam seterusnya membentuk budaya cemerlang dan meningkatkan integriti negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Nur Taqiyyah Mohamad Kamil, Rasidah Arshad, & Abdul ‘Izz Mohamad Kamil. (2024). HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN BERETIKA DAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI TEMPAT KERJA: KOMITMEN ORGANISASI, IKLIM ETIKA DAN EFIKASI MORAL SEBAGAI PENGANTARA DAN KEROHANIAN ISLAMIK SEBAGAI MODERATOR. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(23). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2294