KAJIAN KES TEKNIK PENDEDAHAN AWAL GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP KOSMOLOGI DALAM KALANGAN MURID DARJAH SATU

Authors

  • Flora Shahkira Anak Limai
  • Siti Nursaila Alias
  • Felicia Mepau Anak Dian
  • Loretta Tening Anak Gumbuk

Abstract

Pendedahan awal berkaitan konsep kosmologi kepada murid-murid sekolah rendah dapat memupuk minat serta pemahaman yang baik dalam kalangan mereka. Dalam konteks ini, guru-guru memainkan peranan penting dalam menyediakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan efektif sebagai pendedahan awal kepada murid-murid. Kajian kes ini secara ringkasnya dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti serta menilai keberkesanan teknik pendedahan awal guru sekolah rendah terhadap konsep kosmologi dalam kalangan murid darjah satu. Untuk kajian kes ini, data sekunder telah digunakan melalui sumber artikel akademik yang telah dijalankan. Data-data dari artikel akademik tersebut telah dianalisis bagi mendapatkan serta mengidentifikasi teknik pendedahan awal yang digunakan oleh guru sekolah rendah serta tahap keberkesanan teknik yang telah digunakan untuk memberi pendedahan awal terhadap konsep kosmologi dalam subjek Sains dalam kalangan murid darjah satu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Flora Shahkira Anak Limai, Siti Nursaila Alias, Felicia Mepau Anak Dian, & Loretta Tening Anak Gumbuk. (2024). KAJIAN KES TEKNIK PENDEDAHAN AWAL GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP KOSMOLOGI DALAM KALANGAN MURID DARJAH SATU. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(23). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2293