TAHAP KEPUASAN PELAJAR JKE TERHADAP PERKHIDMATAN JABATAN SOKONGAN AKADEMIK DAN PENGURUSAN POLITEKNIK DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Authors

  • Mohd Zain Bin Abdul Rahim
  • Mohd Khairul Akli Bin Ab Ghani

Abstract

Kepuasan Pelanggan dalam institusi politeknik merujuk kepada kepuasan pelajar yang merupakan pelanggan yang sepatutnya diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan institusi politeknik. Kepuasan terhadap layanan yang diterima dapat memacu keseronokan dalam proses menuntut ilmu. Objektif kajian ini adalah tertumpu kepada perkhidmatan dan layanan di bahagian jabatan\unit sokongan akademik dan pengurusan dalam memenuhi kepuasan pelajar. Kajian ini telah melibatkan 131 responden pada sesi 1 2023/ 2024 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dari semester 1 sehingga semester 5. Pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan pensampelan rawak berlapis digunakan dengan mengisi borang kaji selidik yang terdiri daripada beberapa pembolehubah yang ingin dikaji. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS versi 29.0). Penganalisisan data terhadap pembolehubah menggunakan kaedah peratus, skor min dan sisihan piawai dengan analisis kebolehpercayaan tinggi terhadap instrumen. Hasil dapatan mendapati keseluruhan tahap kepuasan pelajar adalah tinggi di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (min purata 4.06) diikuti bahagian Unit Peperiksaan (min purata 3.92) dan yang paling rendah adalah bahagian Pengurusan Politeknik (min purata 3.81). Kesimpulannya daripada dapatan ini, menunjukkan keseluruhan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Sokongan Akademik berada di tahap yang tinggi dan hasil daripada dapatan ini membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat membuat Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) secara menyeluruh dalam menambahbaik perkhidmatan merentasi jabatan dan unit di politeknik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Mohd Zain Bin Abdul Rahim, & Mohd Khairul Akli Bin Ab Ghani. (2024). TAHAP KEPUASAN PELAJAR JKE TERHADAP PERKHIDMATAN JABATAN SOKONGAN AKADEMIK DAN PENGURUSAN POLITEKNIK DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(23). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2292