PENGARUH KEMAHIRAN PEMASARAN DIGITAL UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN TERHADAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAN PUTRA (SMKBRP)
Abstract
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai masyarakat kini tidak kira golongan remaja mahupun dewasa minat dalam bidang perniagaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemasaran digital dengan kecenderungan memulakan perniagaan dalam talian dan hubungan antara jantina terhadap kecenderungan pelajar memulakan perniagaan dalam talian terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra (SMKBRP). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, sampel terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran perniagaan di sekolah SMKBRP. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 14 item dengan menggunakan pengukuran berskala likert (1 hingga 5). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah (α) 0.811 untuk item bahagian B kemahiran pemasaran digital dan nilai (α) 0.928 untuk item bahagian C faktor memulakan perniagaan dalam talian. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan menggunakan teknik statistik deskriptif dan statistik inferensi. Keputusan daripada kajian ini mendapati bahawa ?1 = Terdapat hubungan yang positif yang kuat dan signifikan antara faktor kemahiran pemasaran digital dengan kecenderungan pelajar untuk memulakan perniagaan dalam talian. Manakala ?2 = Terdapat hubungan yang positif dan tidak signifikan antara kecenderungan pelajar memulakan perniagaan dalam talian mengikut jantina. Hasil kajian korelasi pearson menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang positif yang kuat dan signifikan antara faktor kemahiran pemasaran digital dengan kecenderungan pelajar untuk memulakan perniagaan dalam talian. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlulah merancang aktiviti yang lebih sistematik demi untuk memantapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah kerana pendidikan keusahawanan ini mampu menyediakan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta pengalaman pelajar supaya mereka lebih cenderung kepada melibatkan diri dengan kerjaya keusahawanan.