KECERGASAN FIZIKAL DAPAT MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID BANJAR DALAM KOKURIKULUM

Authors

  • Norhasimah Binti Amzaiah
  • Dr. Nur Shakila Binti Mazalan

Abstract

Kecergasan fizikal ialah keupayaan kita untuk menjalankan tugas harian dengan tidak berasa cepat lesu dan masih mempunyai tenaga untuk menjalankan aktiviti rekreasi serta boleh bertindak pantas bagi menangani sebarang masalah terutamanya kecemasan. Kecergasan fizikal juga melibatkan fungsi pergerakan anggota dan organ tubuh badan. Seorang murid yang cergas akan mempengaruhi segala aktiviti yang dilakuan setiap hari. Kajian ini dijalankan dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada kecergasan fizikal dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah luar bandar, Bagan Serai. Responden kajian ini terdiri daripada 26 orang murid yang telah dipilih dalam kelas tahun 6 iaitu 13 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Data telah dikumpul melalui keputusan ujian SEGAK dan markah kokurikulum iaitu PAJSK yang telah dijalankan di sekolah. Data tersebut akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan perbezaan kecergasan dalam peningkatan markah dan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum yang telah dijalankan sekolah luar bandar. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kecergasan fizikal yang tinggi dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa program kokurikulum yang dijalankan di sekolah boleh memberi kesan yang positif kepada kecergasan dan penglibatan murid dalam aktivti kokurikulum

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Norhasimah Binti Amzaiah, & Dr. Nur Shakila Binti Mazalan. (2024). KECERGASAN FIZIKAL DAPAT MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID BANJAR DALAM KOKURIKULUM. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(23). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2290