FAKTOR-FAKTOR MENDORONG KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR PMBS
Abstract
Memiliki pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sesuatu yang ingin dimiliki oleh para pelajar, malahan semua tenaga pengajar juga mengimpikan perkara tersebut dicapai oleh para pelajarnya. Kajian ini memfokuskan untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh membantu pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Kajian ini adalah penelitian yang berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif dimana penerangan secara deskriptif digunakan. Seramai 74 orang pelajar semester 4 dan 5 dari kursus Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kewangan dan Perbankan menjadi responden bagi kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibuat melalui perisisan “Google form”, peratusan data juga diambil dari perisian ini untuk dianalisis. Aspek yang dikaji adalah latar belakang pelajar, persekitaran pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran. Melalui tinjauan, didapati 59.5 % responden mempunyai HPNM >3.00 keatas. Manakala dari aspek sikap terhadap pembelajaran, responden menyatakan cenderung menyalin sendiri nota dengan peratusan yang tinggi iaitu 89.2%. Bagi aspek persekitaran, sebanyak 73.6% responden menyatakan pensyarah yang terlalu sibuk adalah antara perkara yang tidak membantu pembelajaran mereka. Selain itu, pensyarah yang boleh menerangkan dengan jelas pula mendapat peratusan sebanyak 70.3% sebagai aspek yang membantu pembelajaran mereka. Dari dapatan ini, para pensyarah boleh memberi tumpuan yang lebih tinggi berkaitan kecenderungan responden berkaitan bagi membantu pelajar untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dimasa akan datang.