TAHAP STRES, DAYA TINDAK DAN PENGGUNAAN KATA KENDIRI DALAM KALANGAN ATLET BOLA JARING DAN BOLA SEPAK SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauhmana tahap stres, daya tindak dan tahap penggunaan kata kendiri dalam atlet pasukan bola jaring dan bola sepak SMK Putrajaya Presint 11(2). Responden kajian terdiri daripada 30 orang atlet yang mana 12 orang atlet pasukan bola jaring dan 18 orang atlet pasukan bola sepak. Penyelidik menggunakan borang soal selidik yang telah diubah suai daripada Sport Competition Anxiety Test (SCAT) daripada Martens, R (1977), Ways of Coping Checklist yang telah diubah suai oleh Folkman dan Lazarus (1985) dan borang soal selidik keyakinan penggunaan kata kendiri Belief in Self-talk Questionnaire/BSQ) dibina oleh Araki et al., (2006). Dapatan kajian menunjukkan tahap stres bagi atlet pasukan bola jaring lebih kerap berlaku berbanding atlet pasukan bola sepak yang kurang mengalami stress. Daya tindak mengawal stres bagi kedua-dua pasukan biasa dialami tetapi kerap bagi daya tindak pertimbangan semula positif pasukan bola sepak dan penggunaan kata kendiri lebih tinggi berbanding atlet pasukan bola jaring. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara atlet pasukan bola jaring dan bola sepak SMK Putrajaya Presint 11(2) terhadap tahap stres dan daya tindak mengawal stres tetapi perbezaan yang ketara pada penggunaan kata kendiri iaitu atlet pasukan bola sepak lebih cenderung menggunakan kata kendiri Self-talk berbanding atlet pasukan bola jaring.