TINGKAH LAKU TIDUR ATLET PROFESSIONAL DALAM KALANGAN PEMAIN KRIKET
Abstract
Terdapat bukti saintifik yang semakin meningkat bahawa kualiti tidur atlit mempunyai kesan langsung dan tidak langsung ke atas prestasi mereka, menjadikan ini topik yang menarik. Matlamat utama kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap tingkah laku tidur atlet dalam kalangan pemain kriket professional. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan antara tingkah laku tidur atlet kriket berdasarkan prestasi. Seramai 56 orang responden yang diambil daripada akademi persatuan kriket Malaysia yang terdiri daripada atlet kebangsaan, atlet sukma dan atlet sekolah sukan bukit jalil. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan data deskriptif dan inferensi bagi mengetahui tingkah laku tidur atlet kriket. Soal selidik yang digunakan adalah “Athlete Sleep Behaviour Questionnaires” (Matthew W Driller, Cheri D Mah & Shona L Halson, 2018). Dapatan kajian menunjukkan interpretasi yang rendah dengan jumlah min (2.20) serta sisihan piawai (1.20). Namun begitu terdapat perbezaan signifikan antara tingkah laku tidur atlet terhadap prestasi sukan (p<0.05). Hasil daripada penyelidikan ini, jurulatih dan pemain akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara setiap atlet tidur. Kajian lanjut mengenai tingkah laku tidur atlet disyorkan supaya jurulatih dan jurulatih dapat memahami dengan lebih baik tingkah laku tidur atlet Akademi Persatuan Kriket Malaysia dan mereka bentuk intervensi yang berkesan untuk meningkatkan standard tidur mereka.