ANALISIS PERBANDINGAN 500 PERKATAAN BAHASA BUGIS ENREKANG DAN BAHASA MELAYU STANDARD JOHOR-RIAU DI KAMPUNG TINUSA 2 SANDAKAN, SABAH

Authors

  • Nur Hidayah Mail
  • Mohamad Rozi Kasim

Abstract

Bahasa Bugis Enrekang merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh masyarakat Bugis Enrekang yang menetap di Sabah. Penelitian ini bertujuan untuk mengumpul perkataan-perkataan bahasa Bugis Enrekang, mentranskripsikan perkataan-perkataan bahasa Bugis Enrekang mengikut sebutan sebenar bahasa Bugis Enrekang dan membandingkan sebutan bahasa Bugis Enrekang dan bahasa Melayu Standard Johor-Riau. Analisis dilakukan terhadap 500 perkataan bahasa Bugis Enrekang yang diperoleh daripada informan kajian, iaitu penutur jati bahasa Bugis Enrekang yang berumur 45 tahun dan ke atas yang menetap di Kampung Tinusa 2 Sandakan, Sabah. Penganalisisan 500 data tersebut ditranskripsikan menggunakan lambang fonetik sejagat (International Phonetic Alphabets, IPA). Penganalisisan 500 data dilakukan menggunakan pendekatan Analisis Kontrastif (Fries, 1945). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan sebutan dan sistem fonem antara bahasa Bugis Enrekang dan bahasa Melayu Standard Johor-Riau. Penganalisisan dan penelitian terhadap perbandingan kedua-dua bahasa tersebut juga telah membawa kepada beberapa penemuan baharu dalam aspek bidang morfologi dan fonologi, antaranya ialah kehadiran imbuhan awalan “ma-” dalam perkataan asal bahasa Bugis Enrekang. Selain itu, terdapat pinjaman bahasa Melayu Standard Johor-Riau dalam sebutan bahasa Bugis Enrekang. Seterusnya, kehadiran fonem vokal, konsonan dan diftong yang berbeza dengan bahasa Melayu Standard Johor-Riau. Kesimpulannya, hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian yang lebih banyak terhadap bahasa Bugis dan bahasa peribumi yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Nur Hidayah Mail, & Mohamad Rozi Kasim. (2024). ANALISIS PERBANDINGAN 500 PERKATAAN BAHASA BUGIS ENREKANG DAN BAHASA MELAYU STANDARD JOHOR-RIAU DI KAMPUNG TINUSA 2 SANDAKAN, SABAH. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(22). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2281