KEBERKESANAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT ATLET BOLA BALING SEKOLAH RENDAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot pemain bola baling SK Nanga Delok. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang murid perempuan yang mewakili sekolah dalam setiap kejohanan bola baling yang dianjurkan pada peringkat Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Lubok Antu. Reka bentuk kajian ini bersifat penyelidikan secara kuasi-eksperimen yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (regangan statik dan dinamik) dan kumpulan eksperimen (latihan bebanan). Bateri ujian yang digunakan adalah terkandung di dalam Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) iaitu Ujian Tekan Tubi Ubah Suai. Hasil kajian mendapati bahawa latihan bebanan terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kekuatan otot pemain bola baling SK Nanga Delok. Kesimpulannya, program latihan bebanan haruslah diterapkan oleh para jurulatih dan pemain bola baling di Malaysia kerana ianya terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal pemain terutamanya kekuatan otot.