TAHAP KEBERKESANAN VIRTUAL COACH SIMULATOR (VCS) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN, KOLEJ KOMUNITI JERAI

Authors

  • Nor Shahurulnesma binti Husain
  • Hasmiyatun binti Jamaluddin
  • Nazni binti Ahmad Nazri

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan penggunaan Virtual Coach Simulator (VCS) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang mengambil Sijil Pengembaraan Pelancongan di Kolej Komuniti Jerai. VCS adalah sebuah program simulasi yang boleh membantu pensyarah dan pelajar melakukan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ‘Tour Guiding Skill’ dan kursus Komentar Pemandu Pelancong di dalam bas persiaran tanpa perlu berada di dalam bas persiaran yang sebenar. Simulasi ini mewujudkan situasi sebenar ketika bas bergerak menyusuri laluan-laluan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu laluan sepanjang ‘Penang Heritage’. Simulasi ini menggunakan paparan video melalui komputer yang disediakan dihadapan kelas. Seterusnya, pelajar akan melakukan komentar berdasarkan paparan video tersebut. Kajian ini tertumpu kepada keberkesanan VCS dalam kalangan pelajar iaitu melihat sama ada VCS ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya. 3 responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan Semester 3 Sesi II 2022/2023 di Kolej Komuniti Jerai telah diambil sebagai maklumat dan data kajian bagi menilai sejauh mana VCS ini memberi kesan pembelajaran kepada pelajar. Kaedah kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu satu temubual telah diadakan yang melibatkan 3 orang responden. 3 responden yang dipilih adalah berdasarkan tahap kompetensi komentar iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil dapatan temubual ketiga-tiga responden adalah saling berkait dan menunjukkan dapatan yang hampir sama iaitu memperakui penggunaan VCS dapat membantu meningkat tahap penguasaan komentar pelancongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Nor Shahurulnesma binti Husain, Hasmiyatun binti Jamaluddin, & Nazni binti Ahmad Nazri. (2024). TAHAP KEBERKESANAN VIRTUAL COACH SIMULATOR (VCS) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN, KOLEJ KOMUNITI JERAI. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(22). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2276