FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM SIJIL AGROTEKNOLOGI DI KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN

Authors

  • Anabil Binti Ubil
  • Fiona Gadius

Abstract

Kajian yang dijalankan secara deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengetahui punca dan sebab yang telah mendorong para pelajar memilih Program Sijil Agroteknologi di Kolej Komuniti Tambunan, Sabah. Faktor-faktor yang diutarakan adalah daripada segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, promosi dan kerjaya. Responden kajian ini melibatkan pelajar semasa sijil Agroteknologi bagi tahun 2023. Data diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden menggunakan ‘google form’. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi dua puluh lima item berdasarkan kepada skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan respon responden terhadap aspek yang dikaji. Analisis data yang diperolehi dibuat berdasarkan frekuensi, peratusan dan min dan data diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Science). Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil kajian mendapati faktor minat merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih program Sijil Agroteknologi di samping faktor lain seperti kerjaya, promosi, pengaruh ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Hasil kajian ini penting untuk mendapatkan dan mengenalpasti pencetus yang menjadi keutamaan pelajar agar pada masa akan datang, ia boleh dijadikan panduan bagi membantu Unit Pengambilan dan Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tambunan ke arah meningkatkan pengambilan pelajar baharu, sekaligus memenuhi norma ambilan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Anabil Binti Ubil, & Fiona Gadius. (2023). FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM SIJIL AGROTEKNOLOGI DI KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(21). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2271