STRATEGI PENGAMBILAN PELAJAR DAN KEPUASAN PELANGGAN: TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN

Authors

  • Anabil Binti Ubil

Abstract

Sejak era Pandemik Covid-19, jumlah pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Komuniti Tambunan agak berkurangan untuk program Sijil Perjalanan Pelancongan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengambilan pelajar baharu yang lebih berkesan dan seterusnya menilai tahap kepuasan pelajar terhadap strategi yang digunakan oleh Kolej Komuniti Tambunan untuk menarik pendaftaran pelajar baharu. Kajian ini melibatkan pelajar semasa dari semester 1 hingga semester 4. Data diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden menggunakan google form. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 26 item berdasarkan skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden, bahagian B dan C melibatkan respons responden terhadap aspek yang dikaji. Analisis data diperolehi dan data diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Science). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa institusi perlu menawarkan pelbagai program biasiswa dan bantuan kewangan untuk menarik minat pelajar sebagai strategi terpenting. Bagi analisis kepuasan pelanggan, secara purata majoriti responden berpuas hati dengan strategi yang digunakan oleh pihak institusi dalam menarik pelajar baharu. Secara umumnya, dapatan kajian ini boleh digunakan pada masa hadapan untuk merancang dan mengatur aktiviti dan program berkaitan promosi pengambilan pelajar agar dapat memenuhi norma pengambilan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Anabil Binti Ubil. (2023). STRATEGI PENGAMBILAN PELAJAR DAN KEPUASAN PELANGGAN: TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(21). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2270