HUBUNGAN TAHAP PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL DAN KESIHATAN MENTAL PELAJAR UNIVERSITI

Authors

  • Nurul Nadiah Mhd Jibir
  • Denise Koh Choo Lian

Abstract

Aktiviti fizikal merujuk kepada sebarang pergerakan badan yang mampu membantu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan serta merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tekanan. Penglibatan dalam aktiviti fizikal yang sistematik dan secara berterusan juga memberikan banyak manfaat ke atas kesihatan mental. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian melalui Google Forms. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik International Physical Activity Questionnaire (IPAQ) untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan General Health Questionnaire (GHQ-12) untuk menilai tahap kesihatan mental pelajar. Seramai 444 orang responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang terdiri daripada pelajar universiti awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di sekitar negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap aktiviti fizikal pelajar adalah di tahap yang tinggi (M MET-minit/minggu = 3316.17, SP = 2969.052). Selain itu, tahap kesihatan mental pelajar adalah pada tahap rendah (M = 1.42, S.P = 0.60). Seterusnya, bagi ujian korelasi Spearman Rho pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan (r = -.28, p = .001) antara tahap aktiviti fizikal dan kesihatan mental pelajar. Oleh itu, para pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal bagi menjamin tahap kesihatan mental yang baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Nurul Nadiah Mhd Jibir, & Denise Koh Choo Lian. (2023). HUBUNGAN TAHAP PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL DAN KESIHATAN MENTAL PELAJAR UNIVERSITI. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(21). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2265