STRATEGI PEMBELAJARAN KURSUS PERAKAUNAN KEWANGAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Authors

  • Noor Dasreena Shukria Abdul Shukur

Abstract

Perakaunan merupakan subjek yang sukar dan mencabar. Oleh yang demikian, kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti strategi menambahbaik pembelajaran bagi kursus Perakaunan Kewangan. Sampel kajian ini terdiri daripada 120 orang pelajar Diploma Akauntansi di Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik yang telah diedarkan secara rawak untuk mendapatkan data-data yang diperlukan dalam kajian ini. Kajian ini penting untuk menambahbaik strategi pembelajaran dalam kursus perakaunan kewangan dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak di samping meningkatkan pencapaian diri dalam akademik. Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pelajar perakaunan dan juga pensyarah kursus perakaunan kewangan. Dapatan kajian menjelaskan bahawa pensyarah perlu mempelbagaikan situasi kehendak soalan dalam kursus Perakaunan Kewangan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam kursus yang dianggap paling penting dalam semua sub-bidang perakaunan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Noor Dasreena Shukria Abdul Shukur. (2023). STRATEGI PEMBELAJARAN KURSUS PERAKAUNAN KEWANGAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(21). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2262