TAHAP KEBIMBANGAN MENGIKUTI SUBJEK PERAKAUNAN KEWANGAN: KAJIAN KE ATAS PELAJAR DIPLOMA AKAUNTASI
Abstract
Subjek perakaunan umumnya dianggap subjek yang sukar difahami dan sukar untuk skor dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kebimbangan pelajar untuk terhadap subjek Perakaunan Kewangan. Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar Diploma Akauntansi di Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang telah diedarkan secara dalam talian menggunakan Google Form secara rawak. Data yang diperolehi kemudiannya di analisis menggunakan perisian "Statistical Package for Social Science” (SPSS 13.0). Analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif untuk mendapatkan min dan peratusan untuk menentukan item mana yang paling dibimbang oleh pelajar. Hasil kajian mendapati pelajar berasa paling takut sekiranya pensyarah mengajar terlalu cepat ketika sesi pengajaran & pembelajaran perakaunan. Keadaan ini boleh menyebabkan pelajar kurang faham perkara yang diajar. Kajian ini penting sebagai input bagi membantu pensyarah untuk memahami situasi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek perakauan kewangan.