KONSEP KEPERCAYAAN DAN PENGURUSAN ZAKAT

Authors

  • Abidah Ab Kadir
  • Nor Aina Mhd Khotib
  • Syarifah Md Yusof

Abstract

Objektif utama zakat adalah untuk mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin. Sekiranya dana zakat diurus dengan berkesan, pengagihan pendapatan zakat yang saksama dalam masyarakat dapat dicapai dan jurang antara mereka dapat dikecilkan. Isu kepercayaan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat agak membimbangkan. Pengurusan zakat yang tidak telus didakwa sebagai satu daripada faktor penyumbang terhadap permasalahan yang dihadapi. Justeru itu, artikel ini cuba mengupas konsep kepercayaan pelanggan dan pengurusan zakat dari segi peranannya dan kepentingannya serta membincangkan isu-isu yang berkaitan. Setakat ini, kajian mengenai kepercayaan pelanggan dalam pengurusan zakat belum dijalankan secara mendalam dan ini memberi ruang untuk artike ini memenuhi jurang yang ada. Artikel ini berbentuk konseptual di mana ianya akan mengulas dan membincangkan artikel-artikel yang berkaitan dengan kepercayaan, pengurusan dan zakat. Kemudiannya satu model konseptual kepercayaan akan dibangunkan sebagai cadangan penambahbaikan untuk institusi zakat. Artikel ini dapat memberikan maklumat tambahan kepada institusi zakat dan membantu institusi tersebut untuk menangani isu kepercayaan pelanggan yang rendah. Hal ini penting agar objektif zakat untuk menegakkan keadilan ekonomi dan sosial dapat dicapai. Kajian ini seterusnya bakal mencetus kajian empirikal pada masa hadapan yang berkaitan dengan elemen kepercayaan. Ia juga bertindak sebagai satu usaha untuk memperbanyakkan penyelidikan didalam bidang zakat. Hasil penemuan ini adalah relevan dan terpakai kepada Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Abidah Ab Kadir, Nor Aina Mhd Khotib, & Syarifah Md Yusof. (2023). KONSEP KEPERCAYAAN DAN PENGURUSAN ZAKAT. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(21). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2260