KESAN AKTIVITI BERENANG SEBAGAI TERAPI TEKANAN: KAJIAN KE ATAS PELAJAR JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
Abstract
Tekanan dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang perlu diatasi. Ini kerana pelajar yang terlalu stres akan menjejaskan kesihatan mental dan pelajaran mereka. Antara solusi yang dicadangkan dalam banyak kajian adalah menjalankan aktiviti berenang. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana aktiviti berenang dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Sampel kajian yang digunakan adalah pelajar Politeknik Tawau Sabah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Teknik pensampelan adalah secara rawak supaya setiap pelajar mempunyai peluang untuk menyertai kajian ini. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai skor min. Seramai 55 orang pelajar telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil analisis mendapati majoriti pelajar pernah menyertai aktiviti berenang dan majoriti mereka bersetuju bahawa aktiviti berenang boleh mengurangkan stres. Kajian ini akan dapat membantu institusi untuk merangka atau menawarkan aktiviti sukan berenang kepada pelajar.