PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN DI KALANGAN PEMAIN DALAM PERTANDINGAN SUKAN BOLA TAMPAR DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Authors

  • Ili ‘awatif Binti Zainal Abidin
  • Wan Ahmad Munsif Wan Pa

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebimbangan sukan pemain bola tampar di antara kedua-dua instistusi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan tahap kebimbangan pertandingan dalam sukan pemain bola tampar di antara UKM dan UiTM yang dikaji. Penyelidik mesti menjalankan kajian rintis sebelum menjalankan kajian sebenar. Kajian rintis ini menggunakan 30 pemain yang mempunyai ciri yang serupa dengan target sebenar. Kajian ini dianggap sebagai kajian kuantitatif kerana kaedah soal selidik digunakan. Satu set soal selidik yang ditadbir secara dalam talian menggunakan perisian di atas talian digunakan untuk mengumpul data penyelidikan. Kajian ini mempunyai dua bahagian instrumen soal selidik: Bahagian A mengandungi demografi dan Bahagian B mengenai tahap kebimbangan pemain bola tampar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembolehubah kebimbangan mempunyai nilai alpha Cronbach yang melebihi 0.8. Oleh itu, keputusan kajian rintis ini menunjukkan bahawa alat yang sedia ada adalah sesuai dan boleh digunakan dalam kajian yang akan datang. Diharapkan kajian ini akan diperluaskan untuk memasukkan lebih banyak sukan dan tempat, supaya kita tidak hanya memfokuskan satu sukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Ili ‘awatif Binti Zainal Abidin, & Wan Ahmad Munsif Wan Pa. (2023). PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN DI KALANGAN PEMAIN DALAM PERTANDINGAN SUKAN BOLA TAMPAR DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM). Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(20). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2255