KENAPA MEMBISU? MEMAHAMI PERILAKU MEMBISU DALAM ORGANISASI

Authors

  • Robe’ah Yusuf
  • Siti Asma’ Mohd Rosdi

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk memahami amalan perilaku membisu dalam kalangan pekerja berbangsa Melayu di organisasi Jerman terpilih. Teori Pilin Kesenyapan, teori Groupthink dan teori Atribut menjadi landasan kajian ini. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Satu set instrumen dan satu set soalan temubual telah digunakan untuk mengukur personaliti (ekstrovert-introvert), dan perilaku membisu. Seramai 360 orang pekerja berbangsa Melayu dari pelbagai jawatan dipilih menjadi responden dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Analisis korelasi Pearson r menunjukkan hubungan yang sederhana antara personaliti dan perilaku membisu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa personaliti menyumbang secara signifikan kepada perilaku membisu. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kemahiran berbahasa dijangka dapat mengurangkan amalan perilaku membisu. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan untuk melihat kesan perilaku membisu terhadap keseluruhan prestasi organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Robe’ah Yusuf, & Siti Asma’ Mohd Rosdi. (2023). KENAPA MEMBISU? MEMAHAMI PERILAKU MEMBISU DALAM ORGANISASI. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(20). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2254