PENGAPLIKASIAN MODEL TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN TAKTIKAL SUKAN HOKI DAN FUTSAL DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS

Authors

  • Ahmad Mokhtar Bin Hussain
  • Denise Koh Choon Lian

Abstract

Model TGFU menyediakan pendekatan yang berlainan daripada kaedah konvensional dalam mengajar sukan, dengan memfokuskan kepada mengajar sukan melalui bermain permainan kecil. Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji keberkesanan model Teaching Games for Understanding (TGFU) dalam meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal sukan hoki dan futsal. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar berumur 13 hingga 15 tahun dari sebuah sekolah pelajar pintar cerdas yang tidak terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan dalam mana-mana peringkat pertandingan. Kajian ini menggunakan model TGFU dan kaedah konvensial pengajaran sukan sebagai instrumen rawatan. Analisis data kajian dijalankan menggunakan SPSS Versi 29. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran teknikal dan taktikal (p<.05) manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengajaran sukan menggunakan model TGFU berbanding kaedah konvensional (p>.05). Kajian menunjukkan model TGFU mampu meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal pelajar dalam aktiviti sukan. Kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan bagi menguji keberkesanan pengaplikasian model TGFU dalam pengajaran sukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Ahmad Mokhtar Bin Hussain, & Denise Koh Choon Lian. (2023). PENGAPLIKASIAN MODEL TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN TAKTIKAL SUKAN HOKI DAN FUTSAL DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(20). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2251