MENGUKUR TAHAP TUMPUAN PESERTA BERDASARKAN PENGARUH BUNYI MUZIK
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap tumpuan peserta berdasarkan pengaruh muzik. Seramai 12 orang responden yang terdiri dari pelajar pascasiswazah Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Universiti Malaysia Sabah telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza secara rawak. Kumpulan pertama bermain permainan “Balloon Pop” dengan iringan muzik latar. Sementara kumpulan kedua pula bermain tanpa sebarang iringan muzik. Dapatan eksperimen menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan dengan nilai signifikan ujian-t pada nilai 1.00 (r > .05). Pengkaji mendapati bahawa tahap tumpuan peserta tidak dipengaruhi oleh bunyi muzik. Hipotesis nol diterima.
Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2023-06-30
How to Cite
Hassan Nurdin, Muh Rasmin Mohd Ramli, & Ahmad Hafizul Hakim Mohd Shahar. (2023). MENGUKUR TAHAP TUMPUAN PESERTA BERDASARKAN PENGARUH BUNYI MUZIK. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(19). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2250
Issue
Section
Articles