HUBUNGAN ANTARA AKTIVITI FIZIKAL DAN BMI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH
Abstract
Aktiviti fizikal amat penting dalam kehidupan seharian kita, ia dapat membantu untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan dan membuatkan seseorang individu itu menjadi aktif di dalam kehidupan seharian. Dalam melakukan aktiviti fizikal ini ada beberapa kategori yang mentakrifkan kepelbagaian aktiviti fizikal seperti melakukan senaman, bersukan dan rekreasi, riadah dan aktiviti lain-lain yang terhasilnya pergerakan anggota badan dimana boleh melakukan secara bersendirian ataupun melakukan bersama kumpulan pada waktu terluang dan ini bergantung kepada seseorang individu terbabit untuk menentukan jenis bentuk aktiviti yang mahu dilakukan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kajian tinjauan dimana dilakukan perjumpaan selama 2 hari di 2 buah tadika yang berbeza. Populasi kajian seramai 50 orang dan sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan analisis menggunakan ujian pekali korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan antara BMI dengan aktiviti fizikal berkolerasi secara signifikan, r = .398, p < .05. Keseluruhan kajian ini menunjukan bahawa BMI pelajar pra sekolah yang diambil masih berada pada tahap yang baik mengikut pengukuran yang dilakukan.