MOTIF ALTRUISME DALAM KALANGAN SUKARELAWAN SOUTHERN
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menyelidik motif altruisme dalam kalangan Sukarelawan Southern di daerah Muar Johor. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan jenis motif altruisme serta mengenal pasti hubungan antara motif altruisme dengan motivasi dalam kalangan Sukarelawan Southern. Seramai 350 orang Sukarelawan Southern telah dijadikan responden utama dalam penyelidikan ini. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diadaptasi daripada Helping Power Motivation Scale (Irene H. Frieze et al.) bagi menguji motif altruisme yang terdiri daripada membantu rakan karib dan membantu masyarakat telah digunakan. Soal selidik ini telah disebarkan kepada responden melalui link google form di planta aplikasi WhatsApp mahupun Telegram. Hasil ujian ANOVA sehala yang diperolehi melalui program SPSS menunjukkan nilai p < 0.05 adalah signifikan, maka terdapat perbezaan yang signifikan antara motif altruisme membantu rakan karib dengan motif altruisme membantu masyarakat. Hasil analisis data korelasi pearson motif altruisme menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara motif altruisme rakan karib dan motivasi sukarelawan dalam kalangan Sukarelawan Southern, hubungan ini adalah positif dan kuat (r = .83, p < .05). Sebaliknya tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara motif altruisme membantu masyarakat dan motivasi sukarelawan dalam kalangan Sukarelawan Southern, dimana (r = .11, p > .05). Oleh itu, organisasi sukarelawan diharapkan dapat merangka penambahbaikan untuk memastikan aktiviti kesukarelawan akan menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.