RETROSPEKTIF IBU BAPA MENGENAI INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
Abstract
Intervensi awal terhadap kanak-kanak keperluan khas sangat penting demi kelangsungan hidup dan mendapatkan pendidikan yang baik untuk masa hadapan mereka. Oleh itu, perkhidmatan intervensi awal ini memberi manfaat kepada ibu bapa, keluarga, guru dan diri kanak-kanak itu sendiri. Objektif kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang mempengaruhi implikasi pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah rendah dan mengenalpasti jenis perkhidmatan yang diterima sepanjang intervensi awal oleh kanak-kanak berkeperluan khas tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif, instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian kepada 186 orang ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah pembelajaran berumur dalam lingkungan 7 tahun hingga 9 tahun yang sedang belajar di sekolah rendah dan telah mendapatkan perkhidmatan intervensi awal. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Kaedah statistik yang digunakan untuk menganalisis dapatan ialah statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus dan skor min. Melalui hasil daripada dapatan kajian menunjukkan majoriti ibu bapa yang telah mendapatkan perkhidmatan intervensi awal kanak-kanak menunjukkan implikasi yang positif ke atas diri kanak-kanak berkeperluan khas sepanjang menjalani sesi pembelajran di sekolah rendah.