FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KELAB SUKAN SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN
Abstract
Penyertaan dalam kelab sukan boleh menjadi faktor penting dalam keseluruhan kesihatan fizikal, emosi, sosial dan psikologi pelajar. Telah terbukti bahawa penglibatan dalam kelab sukan dapat meningkatkan kesejahteraan dalam sesetengah pelajar yang berisiko dari segi perubatan. Namun tetapi, terdapat kajian-kajian lepas membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal masih lagi pada tahap yang membimbangkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor penglibatan aktiviti fizikal pelajar dalam kelab sukan selepas waktu persekolahan. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik secara dalam talian. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Seramai 320 orang responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan pelajar menyertai ahli kelab sukan adalah 245 (77.8%) tinggi berbanding yang tidak pernah menyertai kelab sukan iaitu 68 (21.6%). Selain itu, keputusan analisis ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara responden lelaki dan perempuan bagi faktor penglibatan aktiviti fizikal pelajar dengan sama juga dengan hasil analisi t bagi melihat perbezaan diantara jantina iaitu lelaki dan perempuan dengan tingkahlaku penglibatan aktiviti fizikal pelajar menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Akhir sekali ialah hasil analisis hubungan antara faktor penglibatan dan tingkah laku pelajar terhadap penglibatan aktiviti fizikal dalam kelab sukan selepas waktu persekolahan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan iaitu (r=.870, p=.000). Nilai r=.870 menunjukkan bahawa hubungan diantara faktor penglibatan dalam kelab sukan dengan tingkah laku pelajar terhadap penglibatan aktiviti fizikal dalam kelab sukan selepas waktu persekolahan adalah mempunyai hubungan yang kuat. Hubungan yang positif menunjukkan semakin tinggi faktor penglibatan dalam kelab sukan, semakin meningkat tingkah laku pelajar terhadap pemglibatan aktiviti fizikal dalam kelab sukan selepas waktu persekolahan.