MENGUKUR PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Authors

  • Nur Azrenna binti Ahmad Jumry
  • Denise Koh Choon Lian

Abstract

Penerapan kemahiran motor dalam diri kanak-kanak perlu dititikberatkan sejak usia awal lagi. Hal ini kerana kemahiran motor memberi peranan yang besar dalam perkembangan sosial, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Kemahiran motor merangkumi motor kasar dan motor halus. Kedua kemahiran tersebut berkait rapat dalam tumbesaran kanak-kanak. Melalui penerapan kemahiran motor kasar dan motor halus ini kanak-kanak belajar untuk meneroka persekitaran mereka sejak bayi lagi. Justeru semua pihak terutama ibu bapa dan para guru di prasekolah khasnya perlu membimbing kanak-kanak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran motor mereka. Para ibu bapa dan guru juga perlu cakna akan tahap perkembangan motor kanak-kanak mengikut peringkat umur. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini dihasilkan sebagai panduan awal untuk pengkaji mengenalpasti instrumen yang digunakan untuk mengukur kemahiran motor kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-03-31

How to Cite

Nur Azrenna binti Ahmad Jumry, & Denise Koh Choon Lian. (2023). MENGUKUR PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR KANAK-KANAK PRASEKOLAH. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(18). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2240