TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) DALAM TELETERAPI
Abstract
Teleterapi berpotensi menjadi sesuatu kebiasaan dan trenda yang baru pada masa depan selepas pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Kejayaan teleterapi bergantung besar kepada penglibatan ibu bapa murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Oleh itu, kajian mempunyai tujuan bagi menentukan tahap penglibatan ibu bapa dalam teleterapi dan faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan ibu bapa dalam teleterapi. Kajian kuantitatif bereka bentuk kajian tinjauan telah melibatkan 102 orang ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan Pendidikan khas yang pernah atau sedang menerima teleterapi melalui teknik persampelan bertujuan. Borang soal selidik yang diadaptasi daripada Parental Involvement Questionnaire (PIQ) dan Telehealth Satisfaction Questionnaire (TeSS) digunakan dalam kajian. Selepas itu, data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan analisis diskriptif dan analisis inferensik. Kajian mendapati bahawa tahap penglibatan ibu bapa adalah pada tahap sederhana. Selain itu, terdapat lima faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan ibu bapa iaitu efikasi diri, kepercayaan kepada teleterapi, persepsi terhadap perkembangan positif anak, tahap pengetahuan dan tekanan. Dapatan ini boleh digunakan untuk meningkatkan tahap penglibatan ibu bapa dalam teleterapi pada masa depan. Latihan dan pemindahan ilmu perlu diberikan kepada ibu bapa untuk mengoptimumkan hasil teleterapi.