FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN REMAJA BANDAR DAN LUAR BANDAR

Authors

  • Nik Syerie Nursara binti Nik Rafeddi
  • Denise Koh Choon Lian

Abstract

Aktiviti fizikal merupakan elemen penting bagi mengekalkan kesihatan khususnya bagi golongan remaja. Terdapat banyak manfaat yang diperolehi apabila aktif dalam senaman fizikal iaitu dapat mengurangkan risiko obesiti. Namun, dapatan daripada kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal masih berada di tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor keterlibatan golongan remaja bandar dan luar bandar dalam aktiviti fizikal. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik Physical Activity Questionnaire for Adolescent (PAQ-A) oleh Kowalski et al., (1997) dan dan Physical Activity Leisure Motivations Scale for Youth (PALMS-Y) oleh Hu et al., (2015). Seramai 260 orang responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah lima buah zon di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan aktiviti fizikal remaja bandar (M= 2.68, S.P = 0.80) dan luar bandar (M= 2.41, S.P = 0.76) dengan nilai p<0.05. Selain itu, keputusan analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor penglibatan terhadap aktiviti fizikal. Hasil kajian juga menunjukkan halangan yang paling rendah bagi kedua-dua kawasan adalah masalah kewangan. Kesimpulannya, tahap aktiviti fizikal remaja dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan pembangunan sosio ekonomi kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu, diharap badan pelaksana akan merangka program sukan di kawasan tempat tinggal agar budaya hidup aktif dapat dikekalkan sehingga mereka dewasa kelak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-03-31

How to Cite

Nik Syerie Nursara binti Nik Rafeddi, & Denise Koh Choon Lian. (2023). FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN REMAJA BANDAR DAN LUAR BANDAR. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 6(18). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2236