SECEBIS SEKOLAH MELAYU HOSBA DAN SEKITARNYA KARYA TUN MUHAMED ZAHIR ISMAIL, PENGISIAN SEJARAH PENDIDIKAN KEDAH UTARA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Abstract
Artikel ini adalah paparan dan ulasan dari penulisan Tun Muhamed Zahir Ismail seorang tokoh kehakiman dan politik di Malaysia. Karya ini merupakan naratif tentang kehidupan dirinya semasa kecil dan alam persekolahan awal. Latar belakang tempat adalah di Hosba, Jitra di negeri Kedah. Kandungannya membawa pada penceritaan tentang suasana sosial setempat termasuk juga isi kandungan yang berfokus pada persekolahan. Penceritaan tentang situasi sebelum pecah Perang Dunia Kedua ini adalah himpunan catatan yang begitu klasik dan agak terperinci tentang perihal penghidupan semasa itu. Sekolah adalah teras cerita, ia dikembangkan dengan aspek persekitaran yang memperlengkapkan medan sosial kemasyarakatan ketika itu. Ada perkara yang disentuh beliau merupakan satu penceritaan yang begitu jarang disentuh oleh penulis era kini. Bagi institusi pendidikan ia merupakan satu imbasan lalu yang penuh dengan maklumat dan boleh dijanakan sebagai kajian lanjut. Lebih besar lagi, artikel ini juga memaparkan pertautan sosial dalam masyarakat, perjalanan pentadbiran sekolah dan komposisi masyarakat setempat yang pelbagai kaum.