FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PERNIAGAAN: ANALISA PERBANDINGAN INDUSTRI KRAF DI MALAYSIA DAN INDONESIA

Authors

  • Ehsan Fansuree Surin
  • Norashikin Hussein
  • Mohd. Khalil Omar
  • Oswald Timothy Edward

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan di dalam industri kraf di Malaysia dan Indonesia. Didapati tiga faktor penting yang mempengaruhi prestasi perniagaan iaitu perhubungan perniagaan, khidmat bantuan serta peraturan dan polisi kerajaan. Data-data telah dikutip menggunakan borang soal selidik dan teknik bersemuka digunakan untuk penyerahan borang kepada usahawan. Teknik persampelan rawak mudah juga digunakan untuk mengutip data dari usahawan kraf di Malaysia dan di Indonesia. Sebanyak 50 borang soal selidik telah berjaya diperolehi masing-masing dari usahawan dari Malaysia dan Indonesia. Ujian T sampel bebas digunakan untuk menganalisa data untuk menjawab ketiga-tiga pernyataan hipotesis. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor antara usahawan Malaysia dan Indonesia terhadap ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan. Perbincangan, cadangan kepada kajian akan datang dan kekangan di dalam kajian ini juga dibincangkan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Ehsan Fansuree Surin, Norashikin Hussein, Mohd. Khalil Omar, & Oswald Timothy Edward. (2022). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PERNIAGAAN: ANALISA PERBANDINGAN INDUSTRI KRAF DI MALAYSIA DAN INDONESIA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(17). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2230