KESAN LAMAN SESAWANG MULTIMEDIA INTERAKTIF TERHADAP PENCAPAIAN KATA PEMERI MURID TAHUN LIMA

Authors

  • Mohd Faris Che Mohamad Rahimi
  • Adenan Ayob

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian kata pemeri murid dengan mengaplikasikan laman sesawang multimedia interaktif. Kaedah kajian kuasi eksperimen digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel kajian pula ialah 30 orang murid sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di dalam daerah Kinta, Perak. Instrumen kajian bagi penyelidikan ini ialah ujian pra dan ujian pasca. Murid menjalani ujian pra sebelum rawatan, manakala ujian pasca dilaksanakan selepas murid didedahkan dengan aplikasi laman sesawang multimedia interaktif. Bagi penyelidikan ini, data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Data deskriptif ialah min dan sisihan piawai. Data inferens dianalisis secara statistik menerusi ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan F= 7.0 (df= 29), iaitu pada paras signifikan < 0.05. Implikasi kajian ialah bahan laman sesawang multimedia interaktif yang berasaskan teks dan grafik dapat melonjakkan pencapaian murid tahun lima dalam kata pemeri. Oleh itu, dicadangkan bahan ini dapat dipergiat aplikasinya dalam pembelajaran kata pemeri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Mohd Faris Che Mohamad Rahimi, & Adenan Ayob. (2022). KESAN LAMAN SESAWANG MULTIMEDIA INTERAKTIF TERHADAP PENCAPAIAN KATA PEMERI MURID TAHUN LIMA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(17). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2229