MOTIF DAN TAHAP PENYERTAAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN

Authors

  • Marwa Abd Malek
  • Fariza Mohamad Tajuddin

Abstract

Penggunaan telefon pintar yang kerap dalam sehari menyebabkan seseorang lebih cenderung kepada gaya hidup tidak aktif (sedentari). Individu yang kurang cergas secara fizikal pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan, iaitu penyakit tidak berjangkit (NCD). Kajian terhadap kesihatan penduduk di Malaysia menunjukkan trend peningkatan dalam dalam NCD dan juga faktor risiko NCD sejak beberapa tahun yang lepas. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat tahap penyertaan aktiviti fizikal (PA) dan motif melakukan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Sandakan iaitu seramai 106 orang. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif menggunakan satu set soal selidik untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar secara amnya berada pada tahap PA yang sederhana. Pelajar lebih bermotivasi untuk melakukan PA kerana faktor kecergasan, diikuti dengan kecekapan, minat/keseronokan, penampilan dan sosial. Oleh itu, kajian ini mengesyorkan agar pihak pengurusan insitusi pengajian tinggi, penggubal dasar dan orang ramai yang terlibat dalam mempromosikan aktiviti fizikal untuk merancang dan menganjurkan program riadah dan sukan yang bersesuaian dengan golongan remaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-09-30

How to Cite

Marwa Abd Malek, & Fariza Mohamad Tajuddin. (2022). MOTIF DAN TAHAP PENYERTAAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(16). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2227