MENYELESAIKAN MASALAH MEMBINA AYAT DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS TAHUN 5 MENGGUNAKAN JADUAL SVO
Abstract
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang sukar untuk mendapat keputusan yang baik lebih-lebih lagi di dalam penulisan karangan. Oleh yang demikian pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian tindakan bagi membantu murid-murid kelas 5 Dinamik khususnya murid yang lemah untuk membina ayat mudah di dalam kertas penulisan Bahasa Inggeris. Bagi membantu murid, pengkaji telah membuat kajian menggunakan jadual SVO (Subject Verb Object) dengan kaedah membulatkan gambar. Kelas 5 Dinamik mempunyai 42 orang murid keseluruhannya dan kajian ini mensasarkan 13 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan dari SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi. Instrumen yang digunakan ialah melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta melihat hasil kerja murid yang di hasilkan setelah sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Setelah menjalankan kaedah ini, pengkaji mendapati murid menunjukkan peningkatan dari segi pemahaman serta hasil kerja mereka. Tambahan pula, kelas tidak lagi pasif dan murid dapat membina ayat mudah tanpa melakukan kesalahan sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi diri dalam menulis ayat mudah. Pengkaji berharap agar kaedah ini di guna pakai terutamanya murid yang lemah untuk membina ayat serta dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri mereka untuk menulis ayat mudah seterusnya menulis karangan pendek dalam Bahasa Inggeris.