MODEL PENGUKUHAN INSTRUMEN DASAR DALAM PENGURUSAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang pengukuhan instrumen dasar dalam pengurusan pekerja asing di Malaysia. Kajian terdahulu menunjukkan instrumen dasar mempunyai pengaruh terhadap prestasi dasar. Walau bagaimanapun, fungsi instrumen sahaja tidak memadai untuk memberi kesan besar terhadap prestasi dasar. Justeru, artikel ini membincangkan tentang model pengukuhan instrumen dasar melalui gabungan dua teori iaitu Teori Instrumen Dasar dan Teori Collaborative Governance dalam urus tadbir dasar. Keduadua pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu memberi pengaruh besar terhadap prestasi dasar pekerja asing. Justeru, artikel ini akan membincangkan dan mengesyorkan cadangan model pengukuhan instrumen dasar dalam pengurusan pekerja asing. Model pengukuhan instrumen dasar ini mampu memberi satu dimensi baru dalam urus tadbir pekerja asing bagi mewujudkan instrumen dasar yang lebih berkesan dalam mencapai objektif dasar.