ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU TADIKA ISLAM BERDASARKAN PERSPEKTIF GURU

Authors

  • Norazly Nordin
  • Mohd Shawani Ahmad Sabri
  • Jasman Nurdin
  • Noor Nadhirah Rossli
  • Siti Syazwani Zulkuple

Abstract

Profesionalisme guru tadika dapat dikembangkan menerusi latihan-latihan pembangunan profesional yang bersesuaian. Pada umumnya latihan pembangunan profesionalisme dijalankan dalam bentuk kursus, seminar, bengkel, wacana dan perkongsian. Perancangan mengenai kandungan latihan hendaklah dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan latihan yang diberikan memenuhi kehendak dan dan keperluan semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah jenis-jenis latihan yang diperlukan oleh guru tadika Islam di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus untuk mendapatkan maklumat. Seramai enam orang guru tadika Islam telah terpilih sebagai peserta kajian. Data dianalisis menggunakan teknik analisis tematik bagi mendapatkan tema dan jenis latihan yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan beberapa kelemahan yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik oleh guru tadika Islam iaitu penggunaan teknologi dalam pengajaran, pengajaran bahasa Inggeris, menjalankan pentaksiran perkembangan kanak-kanak, kawalan tingkahlaku kanak-kanak, membangukan alat bantu mengajar dan membuat pengesanan kanak-kanak berkeperluan khas. Sehubungan dengan itu jenis-jenis latihan yang diperlukan adalah Kursus Informasi Teknologi untuk Pengajaran, Pengurusan Tingkahlaku Kanak-Kanak, Kursus Pengendalian Emosi,Bengkel Penghasilan Bahan Bantu Mengajar, Pengurusan Bilik Darjah, Pentaksiran Kanak- Kanak, Kolaborasi Ibubapa dan Komuniti, Mengenali Kanak-kanak Berkeperluan Khas dan Kursus Pedagogi terkini. Hasil kajian ini amat berguna kepada pentadbir atau pihak berwajib yang mengendalikan latihan sebagai satu asas kepada perancangan latihan pembangunan profesionalisme guru tadika Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-09-30

How to Cite

Norazly Nordin, Mohd Shawani Ahmad Sabri, Jasman Nurdin, Noor Nadhirah Rossli, & Siti Syazwani Zulkuple. (2022). ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU TADIKA ISLAM BERDASARKAN PERSPEKTIF GURU. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(16). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2220