PEMBANGUNAN APLIKASI SMARTEC SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS DET20033 ELECTRICAL CIRCUIT DI POLITEKNIK KOTA KINABALU
Abstract
Smart EC dihasilkan sebagai salah satu alat bantu mengajar bagi kursus “Electrical Cicruit†di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Kinabalu. Penghasilan aplikasi pembelajaran secara digital ini timbul selaras dengan dasar kerajaan ke arah pembelajaran abad ke 21 (PAK21) dan Revolusi Industri 4.0 (R1 4.0). Tambahan pula dengan situasi masa kini di mana hampir seluruh dunia dilanda gelombang pandemik COVID-19 yang telah berterusan lebih dari setahun. Disebabkan wabak ini, kepentingan pembelajaran secara digital semakin mendesak bagi memastikan keseluruhan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terus relevan. Dengan kaedah pembelajaran ini, proses pembelajaran tidak perlu secara bersemuka sekali gus mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19. Dengan penghasilan nota ini juga, ia menyokong konsep pembelajaran secara maya dan pembelajaran kendiri pelajar. Oleh itu objektif utama penghasilan aplikasi “Smart EC†ini adalah untuk memudahkan pelajar dan mengulangkaji tanpa perlu bersemuka secara langsung. Aplikasi “Smart EC†ini dapat diakses melalui telefon pintar dan saiz failnya juga adalah kecil dan tidak memerlukan telefon pintar yang canggih. Aplikasi pembelajaran secara digital ini boleh ditambahbaik dengan penambahan unsur-unsur “Augmented Reality†bagi menambah minat dan keberkesanan semasa sesi pembelajaran kendiri. Kesimpulannya aplikasi ini sangat membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di samping menggalakkan budaya inovasi dikalangan tenaga pengajar