ELEMEN-ELEMEN STEM DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH MENERUSI PENDEKATAN PROJEK

Authors

  • Khusnidar Binti Muhammad Daud
  • Norazilawati Binti Abdullah
  • Mazlina Binti Che Mustafa

Abstract

Pendidikan STEM sangat diperlukan dalam meningkatkan pelbagai kebolehan kanak-kanak prasekolah dalam pelbagai aspek, kognitif, psikomotorik dan afektif. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meneroka elemen-elemen STEM pada peringkat kanak-kanak prasekolah menerusi pelbagai aktiviti projek. Kajian yang dijalankan di Tadika Tanjong Malim - Perak ini bersifat kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes dan dianalisis secara menyeluruh terhadap dua buah kes iaitu Kes My Dream Design dan Eco Friendly. Dua kumpulan fokus yang terdiri daripada 15 orang kanak-kanak dan dua orang guru telah dipilih sebagai peserta kajian. Triangulasi telah dijalankan bagi memperolehi data kajian iaitu dengan menjalankan pemerhatian, temubual tidak berstruktur serta analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen STEM iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai telah diterapkan oleh pendidik semasa pembelajaran menerusi Pendekatan Projek. Terutama sekali elemen pengetahuan, banyak pengetahuan yang diperolehi oleh kanak-kanak selepas menjalankan pembelajaran, terutama sekali semasa menjalankan pelbagai penyiasatan. Kanak-kanak dapat bertanya pelbagai soalan sehingga mereka memperolehi pengetahuan baharu daripada soalan yang dijawab oleh guru, pakar ataupun ibu bapa. Dari hasil kajian ini, diketahui bahawa kanak-kanak ialah sebagai inisiator yang menentukan arah pembelajaran mereka menerusi Pendekatan Projek. Guru merupakan fasilitator bagi mereka dalam pelbagai aktiviti. Oleh itu, guru diharapkan agar menjalankan pembelajaran yang boleh memberikan pengalaman serta pengetahuan baharu kepada mereka sesuai dengan kebolehan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Khusnidar Binti Muhammad Daud, Norazilawati Binti Abdullah, & Mazlina Binti Che Mustafa. (2022). ELEMEN-ELEMEN STEM DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH MENERUSI PENDEKATAN PROJEK. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(15). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2218