PENILAIAN TERHADAP PENGUKURAN KEMISKINAN DALAM PERSPEKTIF MULTIDIMENSI. SEBUAH KAJIAN KES TERHADAP PELAJAR B40 MISKIN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Authors

  • 𝐌𝐮𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐍𝐚𝐮𝐟𝐚𝐥 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦
  • 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐡𝐢𝐛𝐚𝐧 𝐒 𝐆𝐨𝐩𝐚𝐥

Abstract

Kemiskinan merupakan isu subjektif dan perlu didefinisikan secara multidimensi dengan mengambil kira faktor kemanusiaan seperti keperluan asas, kemampuan dan pendidikan. Teori keupayaan merupakan satu kefahaman untuk memahami kebebasan setiap orang dalam mempraktiskan hak-hak mereka dan mencapai tahap kehidupan sejahtera. Mahbub Ul Haq dan Amartya Sen telah menjadikan faktor kemanusiaan sebagai teras dalam memahami isu kemiskinan, lantas memberi gambaran yang lebih menyeluruh dalam pentafsiran kemiskinan, pengukuran dan pembasmian kemiskinan. Kemiskinan perlu dinilai secara multidimensi supaya memberi kesan yang efektif pada program pembasmian kemiskinan. Hal ini berlainan pula bagi pengukuran kemiskinan unidimensi melihat aspek pendapatan sebagai faktor kemiskinan. Pengukuran kemiskinan unidimensi mempunyai banyak kelemahan, ia mesti diganti dengan pengukuran kemiskinan multidimensi. Oleh itu kajian ini akan menelusuri perbezaan antara pengukuran kemiskinan unidimensi dan pengukuran kemiskinan multidimensi dan kepentingan dalam menggunakan Indeks Kemiskinan Multidimensi terhadap pembuatan polisi. Kajian melihat keberkesanan IKM berbanding pengukuran kemiskinan unidimensi terhadap pelajar B40 Universiti Sains Malaysia, USM, Pulau Pinang melalui kajian rintis. Oleh itu seramai 25 orang pelajar B40 USM dari kampus induk Pulau Pinang telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Kesimpulannya, IKM mampu menggambarkan kedua-dua ketersisihan pelbagai dimensi (pelajar B40 USM yang tersisih dalam semua aspek kehidupan) dan intensiti kemiskinan pelajar B40 USM (beberapa batas ketersisihan yang dialami secara purata pada sesuatu masa) baik secara keseluruhan dan secara individu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

𝐌𝐮𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐍𝐚𝐮𝐟𝐚𝐥 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦, & 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐡𝐢𝐛𝐚𝐧 𝐒 𝐆𝐨𝐩𝐚𝐥. (2022). PENILAIAN TERHADAP PENGUKURAN KEMISKINAN DALAM PERSPEKTIF MULTIDIMENSI. SEBUAH KAJIAN KES TERHADAP PELAJAR B40 MISKIN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(15). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2216