KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM MENINGKATKAN KBAT MURID: SATU KAJIAN SISTEMATIK REVIEW & META ANALISIS
Abstract
KBAT (Kemahiran Berfikir aras Tinggi) merupakan kemahiran yang sangat diperlukan di peringkat sekolah bagi mendidik kemampuan berfikir di luar kotak dalam kalangan murid. Kajian sistematik review dan analisis meta ini bertujuan untuk mengkaji pola kajian berkenaan kesan kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam meningkatkan KBAT di kalangan para murid. Dua puluh kajian dipilih dan tujuh belas saiz kesan dikira untuk mengkaji kesan kaedah dalam meningkatkan KBAT murid. Saiz kesan terbesar adalah di peringkat sekolah menengah iaitu 0.98. Kajian ini dilakukan ke atas lebih daripada 500 sampel kajian (2015 hingga 2020) dan hanya 20 kajian sahaja menepati objektif. Dapatan kajian menunjukkan kesemua artikel kajian mengkaji keberkesanan kaedah PdP dalam meningkatkan KBAT murid selain mengkaji hubungan antara pemboleh-pembolehubah lain (9 artikel). Hasil kajian mendapati kesan kaedah Pdp telah meningkatkan KBAT dan memberi impak yang sangat besar kepada murid terutamanya perubahan positif dari segi tahap pencapaian, penguasaan, pandangan dan minat murid terhadap sesuatu subjek.