PERBANDINGAN KURIKULUM SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SMPAKK) ANTARA DUA UNIVERSITI SWASTA DI MALAYSIA

Authors

  • Peter Ong
  • Christina Sim Pei Pei
  • Md Jais Ismail

Abstract

Struktur kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di peringkat universiti merupakan aspek yang sangat penting demi melahirkan graduan berkualiti dan berkemahiran dalam bidang ini. Hal ini seterusnya menyumbang ke arah landskap pendidikan awal kanak-kanak komprehensif dan holistik seiring dengan matlamat pendidikan negara. Kajian ini bertujuan untuk membanding kurikulum pendidikan awal kanak-kanak antara dua universiti swasta di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes di mana sampel kajian terdiri daripada dua orang ketua program bagi kursus Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak (SMPAKK). Subjek berkhidmat di dua buah universiti swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Pengumpulan data menggunakan temu bual mendalam secara semi berstruktur yang melibatkan tiga soalan yang telah melalui proses validasi. Data temu bual dianalisis melalui kaedah tematik di mana respon daripada subjek kajian direkod dan ditranskripsi dalam bentuk verbatim. Data kemudian diproses dan diterjemah ke dalam bentuk teks. Dapatan kajian menunjukkan struktur kurikulum bagi kedua-dua universiti adalah berbeza. Didapati tempoh masa pengajian, yuran pengajian dan kos pengurusan di Universiti A adalah lebih baik berbanding Universiti B. Universiti A menawarkan tempoh pengajian yang sesuai dengan kredit bagi kursus yang ditawarkan, yuran pengajian yang berpatutan serta kos pengurusan yang menjimatkan. Ketiga-tiga faktor ini telah menjadikan Universiti A sebagai pilihan pelajar. Penyelidik mencadangkan supaya kajian berkaitan faktor pengukuhan bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti awam dan swasta dijalankan pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Peter Ong, Christina Sim Pei Pei, & Md Jais Ismail. (2022). PERBANDINGAN KURIKULUM SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SMPAKK) ANTARA DUA UNIVERSITI SWASTA DI MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(15). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2214