PERSEPSI IBUBAPA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH (PDPR) BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Ahmad Aimran Abdul Razak
  • Muhammad Daoh
  • Norazly Nordin

Abstract

Ekoran dari pandemik covid-19 sekitar tahun 2020 yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan di rumah secara atas talian (PDPR). Walaupun begitu, terdapat juga beberapa faktor yang mengakibatkan ketidakpuasan hati ibu bapa ketika sesi PDPR dijalankan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan ibu bapa. Mengetahui faktor ketidakpuasan hati ibu bapa terhadap PDPR dan mengetahui pandangan dan cadangan ibu bapa terhadap PDPR Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara atas talian untuk mengumpul data daripada ibu bapa. Analisis data secara deskriptif dan inferensi dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian mendapati bahawa ibu bapa menunjukkan tahap kepuasan yang sederhana tinggi (3.72) terhadap PDPR. Namun terdapat juga beberapa faktor yang menyukarkan proses PDPR dijalankan dengan baik. Justeru, persediaan daripada ibu bapa sebelum memulakan sesi PDPR amat penting bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Ahmad Aimran Abdul Razak, Muhammad Daoh, & Norazly Nordin. (2022). PERSEPSI IBUBAPA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH (PDPR) BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(15). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2213