KEPUASAN KERJA DAN TAHAP INTEGRITI DALAM KALANGAN PEKERJA DI SEKTOR SWASTA

Authors

  • Fadillah Ismail

Abstract

Etika dan integriti memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian terutama di tempat kerja dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan sesuatu operasi organisasi untuk mendepani cabaran dan risiko perniagaan. Namun cabaran yang sedang dihadapi negara ketika ini memerlukan perhatian khusus dari semua pihak untuk terus berusaha mengukuhkan budaya integriti bermula dari institusi keluarga, masyarakat, sekolah dan ditermpat kerja. Ini kerana pemantapan budaya dan nilai integriti menjadi pemacu utama kearah negara maju. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji tahap dan mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerja terhadap integriti dalam kalangan operator pengeluaran di sebuah industri pembuatan di Johor Bahru. Seramai 165 orang pekerja operator pengeluaran dipilih sebagai responden secara rawak dan menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan integriti pekerja di tahap yang rendah manakala kepuasan kerja berada ditahap yang tinggi. Catatan dapatan kajian turut menunjukkan kepuasan kerja mempunyai hubungan negatif yang sangat lemah dan signifikan dengan dimensi integriti (r=-.136; p <0.01). Ini menjelaskan pegangan nilai integriti yang lemah secara langsung menjejaskan dan mempengaruhi tingkah laku kerja yang positif. Integriti di tempat kerja sangat penting kerana nilai inilah yang memupuk budaya tempat kerja yang positif dalam menghindari persekitaran kerja yang tegang dan mampu mengugat keharmonian serta mengancam perhubungan antara pekerja dan majikan jika ia diabaikan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-03-31

How to Cite

Fadillah Ismail. (2022). KEPUASAN KERJA DAN TAHAP INTEGRITI DALAM KALANGAN PEKERJA DI SEKTOR SWASTA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5(14). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2212