ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP PEMBANGUNAN MODUL BACAAN AWAL KAEDAH FONIK (MOBAFIK) BAHASA MELAYU DI PRASEKOLAH ALIRAN CINA
Abstract
Artikel ini menjelaskan analisis keperluan terhadap pembangunan Modul Bacaan Awal Kaedah Fonik (MOBAFIK) Bahasa Melayu di Prasekolah aliran Cina. Analisis keperluan ditelitikan ke atas tiga aspek, iaitu: (i) matlamat pengajaran; (ii) murid prasekolah dan (iii) perkembangan pembelajaran. Pengumpulan data dilakukan melalui reka bentuk kuantitatif dengan persampelan bola sajli sebanyak 3 orang guru. Senarai soal selidik Likert empat mata dibekalkan untuk pengumpulan data mengikut aspek analisis keperluan. Dapatan data ke atas (i) matlamat pengajaran, 93.8%; (ii) murid prasekolah, 87.5% dan (iii) perkembangan pembelajaran, 75% dengan keseluruhannya 85.4% menandakan pencapaian pada tahap cemerlang. Hasil digunakan untuk merancang dan mereka bentuk modul pada langkah kemudiannya. Harapan dapat menghasilkan Modul MOBAFIK Bahasa Melayu yang bermatlamat tepat, sasaran yang bermotivasi dan kelancaran pelaksanaan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pentaksiran yang berperingkat agar pembelajaran lebih berkesan dan efesien serta memotivasikan pengajaran kemahiran berbahasa dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah aliran Cina.