PEMBANGUNAN MODUL BACAAN AWAL KAEDAH FONIK (MOBAFIK) DIGITAL DENGAN APLIKASI MODEL ADDIE UNTUK MURID PRASEKOLAH ALIRAN CINA
Abstract
Artikel ini menjelaskan pembangunan Modul Bacaan Awal Kaedah Fonik (MOBAFIK) Digital dengan aplikasi Model ADDIE untuk murid prasekolah aliran Cina. Modul merangkumi kemahiran menyebut dan membunyikan huruf, membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Analisis data kuantitatif dengan statistik deskriptif. Kesahan dan kebolehpercayaan modul oleh tujuh orang pakar dengan soal selidik Likert empat mata. Kesimpulannya, modul berjaya dibangunkan dan dinilai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Bacaan Awal Kaedah Fonik (MOBAFIK) Digital yang terdiri daripada bahan cetakan, Modul MOBAFIK dan bahan perisian komputer selaku MOBAFIK.ppt dan MOBAFIK.audiovisual adalah sesuai dan berkesan ke atas penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid prasekolah aliran Cina dalam suasana yang menggembirakan dan menyeronokkan. Di samping itu, Modul MOBAFIK Digital dapat memperkembangkan komunikasi lisan dan asas literasi murid prasekeloah aliran Cina untuk pembelajaran seterusnya bagi keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.