TAHAP AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Prof. Dr. Norazah Binti Mohd Nordin
  • Ng Hooi Ting

Abstract

Pendidikan merupakan bidang yang menjadi asas pembangunan bagi sesebuah negara pada zaman era globalisasi. Beberapa pendekatan baru ke arah transformasi pendidikan Malaysia telah diasaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Namun, isu keupayaan kepimpinan guru besar kekal berlaku dan saling berhubung kait dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk mengkaji Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah di Zon Gelugor, Pulau Pinang serta hubungan antara kedua-dua pembolehubah dalam kajian ini. Kajian ini bersifat kuantitatif yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Seramai 165 orang guru menjadi responden bagi kajian ini dengan kaedah persampelan rawak. Soal selidik dalam bentuk google form yang berskala Likert diedarkan untuk memperolehi data. Data dianalisis dengan perisian SPSS Version 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar berada pada tahap tinggi (min=3.74) manakala tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi (min=3.50). Didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru. Implikasi kajian ini ialah guru besar perlu mengambil kira empat dimensi kepimpinan transformasional agar dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula harus lebih cekap semasa membuat perancangan program, polisi pendidikan dan dasar supaya lebih berkesan. Cadangan penambaikkan kajian adalah menjalankan kajian kualitatif dengan merangkumi sampel yang besar dengan melibatkan semua sekolah serta semua guru dan kakitangan sokongan di Pulau Pinang agar data yang diperolehi terperinci dan memberi gambaran menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Prof. Dr. Norazah Binti Mohd Nordin, & Ng Hooi Ting. (2021). TAHAP AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(13). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2201